Rata-rata daripada masyarakat hari ini pastinya pernah melakukan pembelian atas talian khususnya menerusi aplikasi Shopee. Lambakan pesanan yang diterima termasuklah barang-barang yang datang dari dalam dan luar negara pastinya memerlukan sistem pengagihan yang berstruktur, teratur dan efisyen agar barang-barang tersebut dapat disampaikan dengan selamat dan tepat ke hadapan pintu rumah pelanggan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/C8863.00_00_54_09.Still002-950x475.png)
Oleh itu, DDR SPX Express, Pulau Indah, Selangor merupakan lokasi gudang atau hab dimana barang-barang yang dipesan menerusi Shopee meski dari dalam atau luar negara ditempatkan dan diagihkan secara bersistem sebelum dihantar kepada pelanggan. Demikian itu, baru-baru ini penulis berkesempatan untuk ke sana bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di Pusat Pengagihan DDR SPX Express. Kesemua bungkusan yang diterima akan melalui 4 proses utama iaitu First Mile, Sorting Center, Linehaul dan Last Mile Delivery.
- First Mile – proses dimana pemandu akan mengambil bungkusan secara terus daripada penjual atau daripada lokasi drop off point untuk dibawa ke Pusat Pengagihan DDR SPX Express.
- Sorting Center – proses kedua ialah dimana kesemua bungkusan akan ditempatkan untuk diagihkan mengikut kawasan penerima.
- Linehaul – Bungkusan-bungkusan yang telah diasingkan mengikut kawasan penerima akan dihantar ke hab Last Mile yang paling berdekatan dengan kawasan penerima di seluruh negeri.
- Last Mile Delivery – Kurier akan mengambil bungkusan-bungkusan daripada hab Last Mile dan membuat penghantaran kepada pelanggan. Lokasi Last Mile ini juga merupakan lokasi bagi pelanggan yang mahu menerima barang secara self collect.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/IMG_7794-edited-scaled.jpg)
Justeru itu, lawatan penulis ke Pusat Pengagihan SPX Express membolehkan penulis melihat sendiri bagaimana proses pengagihan barang berlaku sebelum kesemua barang tersebut dihantar ke Last Mile. Bagi proses pengagihan barang di DDR SPX Express, ia melibatkan 5 saluran penting iaitu Unloading, Cross Bealt System, Outbound Sorting System, Staging Area dan Line Haul.
Unloading Area
Unloading Area ialah kawasan pertama dalam saluran proses pengagihan barang yang berlaku di Pusat Pengagihan DDR SPZ Express dimana lori yang tiba daripada First Mile akan memindah keluar barang-barang yang dibawa di kawasan Unloading Area. Kesemua barang-barang ini kemudiannya akan melalui proses pengasingan dimana sebanyak 50 saluran tersedia di Unloading Area dan membolehkan barang-barang dapat diasingkan dalam skala yang besar dalam satu-satu masa.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/C8863.00_00_38_20.Still001-950x475.png)
Cross Bealt System
Seterusnya, bungkusan-bungkusan yang telah diturunkan di Unloading Area tadi akan diasingkan mengikut saiz dan berat menggunakan Cross Belt System (CBS). Walaubagaimanapun hanya bungkusan yang mengikut spesifikasi dan permukaan rata sahaja yang akan melalui proses di CBS. Bungkusan-bungkusan yang terlalu besar, bulat dan tidak statik tidak akan melalui proses ini sebaliknya akan diproses secara manual. Pengimbas kod QR pada bungkusan akan dilakukan secara automatik oleh kamera yang membolehkan maklumat penghantaran barang dapat dikenalpasti.
Bungkusan-bungkusan yang telah dikenalpasti lokasi dan maklumat penghantarannya akan melalui saluran yang telah ditetapkan mengikut kawasan penghantaran. Kesemua bungkusan tersebut kemudiannya terus dibawa masuk ke dalam guni untuk melalui proses di Outbound Sorting System (OBS) pula.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/C8863.00_01_16_04.Still004-950x475.png)
Outbound Sorting System (OBS)
Kemudian dalam saluran OBS ini pula, bungkusan daripada CBS tadi akan sekali lagi menjalani proses imbasan dan pengagihan yang kedua (tier 2 sorting) bagi mengenal pasti lokasi hab yang bakal dituju. Selain itu, guni-guni daripada CBS juga akan melalui OBS dan akan dibawa ke Staging Area.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/C8863.00_02_13_04.Still008-950x475.png)
Staging Area
Staging Area ini adalah kawasan dimana kesemua bungkusan dan guni yang telah siap diagihkan akan ditempatkan sebelum dihantar ke Last Mile bagi tujuan penghantaran ke hab. Terdapat sebanyak 130 hab SPX Express di seluruh Malaysia.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/C8863.00_03_28_08.Still012-950x475.png)
Line Haul
Line Haul pula merujuk kepada kaedah pengangkutan bagi tujuan penghantaran bungkusan dan guni yang telah siap diagihkan ke hab masing-masing. Hanya kawasan hab di semenanjung Malaysia sahaja yang akan menggunakan Line Haul Truck, manakala bagi Sabah dan Sarawak, SPX Express akan menggunakan dua jenis pengangkutan iaitu pengangkutan laut dan udara. Demikian itu, ini adalah saluran terakhir yang perlu dilalui oleh kesemua bungkusan yang dipesan menerusi aplikasi Shopee sebelum dihantar ke hab dan diambil oleh kurier untuk dihantar ke hadapan rumah pelanggan atau dimana saja lokasi yang pelanggan tetapkan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/C8863.00_03_37_07.Still007-950x475.png)
Penerapan teknologi menerusi kecanggihan alat operasi, penstrukturan saluran dan sistem yang diaplikasikan oleh Shopee di SPX Express ini dilihat sangat teratur dan efisyen sekaligus meningkatkan lagi nilai produktiviti perkhidmatan penghantaran barang Shopee ke seluruh negara. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan usaha SPX Express untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka dari masa ke masa.