Kempen Oppo Reimagines Fitness merupakan salah satu inisiatif bagi membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan pengguna di Malaysia. Ia dilaksanakan oleh Oppo dengan kerjasama beberapa studio kesihatan terkenal di Lembah Klang seperti Tribe Boxing Studio, PWRHOUSE dan The Flow Studio.

Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini hingga 7 Disember 2023 turut dianjurkan bersempena mempromosikan telefon boleh lipat baharu Oppo Find N3 Flip menerusi matlamat kecergasan dan kesihatan untuk gaya hidup aktif. Ia turut menawarkan aktiviti menarik seperti rasai sendiri pengalaman menyentuh dan melihat keunikan peranti, pada masa sama turut berpeluang memenangi tablet terkini Oppo Pad 2 atau badge eksklusif bagi yang bertuah.

Cara untuk sertai juga mudah dengan hanya mengambil gambar menggunakan Oppo Find N3 Flip di studio kesihatan yang mengambil bahagian. Kemudian kongsikan gambar itu di mana-mana media sosial peribadi dengan tanda tagar #OPPOFindN3FLip #FitnessReimagined. Sila pastikan akaun media sosial ditetapkan pada umum bagi melayakkan penyertaan.

Turut ditawarkan ialah promosi pembelian menarik dengan hadiah sehingga RM1,148 untuk Find N3 Flip. Sementara itu hadiah sehingga RM1,698 pula diberikan untuk pembelian Oppo Find N3. Promosi terhad untuk pembelian menerusi studio kesihatan yang mengambil bahagian dengan hanya imbas kod QR yang disediakan.