Lanjutan pengenalan aplikasi WhatsApp untuk Mac yang serba-baharu beberapa bulan lepas, kini aplikasi tersebut turut ditawarkan melalui macOS App Store, sekaligus memudahkan lagi para pengguna untuk menggunakan perkhidmatan permesejan berkenaan.
Para pengguna macOS, kini boleh memuat-turun aplikasi WhatsApp Messenger terus daripada Mac App Store, dan seterusnya mendapatkan pelbagai kemaskini dengan lebih mudah lagi.

Ia menggunakan satu pautan universal – untuk iPhone dan juga Mac. Sekiranya anda menggunakan WhatsApp yang sedia dipasang secara manual (melalui muat-turun di web) sebelum ini, mungkin boleh membuangnya dan memasang aplikasi WhatsApp dari Mac App Store pada komputer Mac anda hari ini – sekaligus lebih memudahkan anda menikmati pelbagai kemaskini baharu melaluinya.