Carian
ASUS ExpertBook B9 OLED Dan ExpertBook B6 Flip Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM8,999
November 8, 2023 Amy Maizuraa

ASUS kini memperkenalkan komputer riba baharu ExpertBook B9 OLED dan ExpertBook B6 Flip ke pasaran tempatan, sekaligus melengkapkan barisan produk berkenaan. Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan penawaran berbeza mengikut keperluan serta target pengguna masing-masing.

Bermula dengan ASUS ExpertBook B9 OLED, ia dilengkapi dengan skrin 14-inci 3K OLED (2880 X 1800 piksel), kadar segar semula 90Hz dan bernisbah aspek 16:10. Turut disokong ialah CPU Intel Core i7-1355U (1.8 GHz) dengan gabungan memori 32GB LPDDR5-5200 dan storan terbina 1TB M.2 PCIe 4.0 SSD.

Ia juga mempunyai bateri sebesar 63Wh, di samping menyokong sambungan Wi-Fi 6E (802.11ax) (Dual band) dan bluetooth 5.3. Pilihan I/O disediakan juga mencukupi untuk sebuah komputer riba kerja harian yang terdiri dengan 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2 x Thunderbolt™ 4.0 Type-C, 1 x HDMI 2.1(TMDS), 1 x bicu audio, 1 x Nano Kensington lock slot dan 1 x Mini HDMI – RJ45 adapter.

Seterusnya ASUS ExpertBook B6 Flip pula menggunakan skrin 16-inci WQXGA (2560 x 1600) dan bernisbah aspek 16:10. Turut disokong ialah pilihan CPU Intel® Core i7-12850HX vPro 2.1 GHz dengan gabungan GPU NVIDIA® RTX A2000 Laptop GPU 8GB GDDR6, memori 16 GB DDR5-4800 dan storan terbina 1TB M.2 PCIe 4.0 SSD.

Ia juga mempunyai bateri sebesar 90Wh, di samping menyokong sambungan Dual-band 2×2 WiFi 6E (802.11ax) dan bluetooth 5.2. Pilihan I/O disediakan terdiri dengan 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2 x Thunderbolt™ 4 Type-C, 1 x HDMI® 2.0b, 1 x RJ 45, 1 x Mini DP, 1 x bicu audio 3.5mm, 1 x Nano Kensington lock slot, 1 x Smart card dan 1 x AC adapter.

Di Malaysia ASUS ExpertBook B9 OLED dijual pada harga RM8,999. Sementara itu ASUS ExpertBook B6 Flip berharga RM11,999 sebuah. Ketersediaan bermula sekarang menerusi pengedar sah ASUS diseluruh Malaysia.

Komen