Vivo Y27s telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia, sekaligus melengkapkan lagi peranti 4G di pasaran. Hal ini boleh dilihat dengan jelas melalui cip Snapdragon 680 digunakan, yang sedia diketahui cip yang menyokong 4G LTE. Ini digabung pula dengan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB yang melengkapi tunjang utama peranti.
Skrin pula sejenis LCD sebesar 6.64-inci beresolusi FHD+ tanpa kadar segar semula yang tinggi. Dwi-kamera juga digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP, sementara itu swafoto pula sebesar 8MP. Bateri 5,000mAh disertakan boleh dicas semula menggunakan port USB-C dan sistem pengecasan pantas 44W. Turut disertakan ialah RAM maya sehingga 8GB, pengimbas cap jari sisi, kalis percikan IP54 dan menjalankan Funtouch OS 13 (berasaskan Android 13).
Dengan tanda harga bermula IDR 2,399,000 (RM716) , peranti disediakan dalam warna Garden Green/Burgundy Black. Ia juga telah didapati melepasi pensijilan SIRIM di Malaysia menandakan kita mungkin boleh melihatkan penawarannya dalam masa terdekat