Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap mesej diterima mempunyai maklumat penting disebabkan hal tertentu. Menerusi kemaskini baharu WhatsApp Web kelak akan lebih memudahkan carian mesej mengikut tarikh tertentu. Dinamakan sebagai Search message by date, ciri ini masih di peringkat ujian dalam kalangan pengguna beta terpilih untuk dicuba.
Melihat tangkap layar dikongsi akan terdapatnya butang khusus dengan ikon kalendar disediakan pada ruang perbualan. Apabila ditekan pilihan tarikh akan muncul mengikut bulan, tarikh serta tahun. Kemudiannya proses carian mesej menjadi lebih mudah dan cepat melaluinya dengan hanya klik pada tarikh yang dimahukan.
Masih tidak jelas mengenai pelancaran rasmi untuk pengguna umum. Namun apa yang pasti ia akan menerima naiktaraf sebelum kelak diedarkan secara terbuka.