Carian
Aplikasi Maybank MAE Kini Menyokong Pembayaran QR Di China
November 8, 2023 Amy Maizuraa

Maybank menerusi kemaskini di laman web rasmi menyatakan bahawa aplikasi perbankan mudah alih MAE kini menyokong transaksi QR transaksi QR DuitNow di China. Penambahan sokongan ini sekaligus melengkapkan tiga negara Asia Tenggara sedia ada iaitu Singapura, Thailand dan Indonesia. Dalam masa sama meningkatkan lagi kemudahan transaksi kewangan dalam kalangan pengguna.

Penggunaannya adalah sama seperti sebelum ini di mana pengguna yang melancong ke China boleh membuat pembayaran QR secara terus kepada peniaga dengan kadar tukaran mata wang Chinese Renminbi. Begitu juga dengan peniaga di Malaysia yang boleh menerima pembayaran QR daripada pelancong China menerusi platform Alipay.

Had transasksi harian dikekalkan sehingga RM1,000, atau bersamaan dengan RM1000 dalam mata wang asing. Bagaimanapun, pengguna masih boleh menukar had ini menerusi tetapan aplikasi. Kemudian mana-mana pembayaran yang melebihi RM250 pula memerlukan pengesahan.

Komen