Selain sokongan kad bank, Google Wallet juga turut menyertakan sokongan untuk kad ganjaran. Mengenal-pasti peluang berkenaan, kini Bonuslink mengumumkan pengenalan sokongan untuk Google Wallet, khusus untuk pengguna Android.
Dengan langkah ini, para pengguna Google Wallet boleh menambah Bonuslink padanya, dan seterusnya menggunakan Google Wallet dalam mengumpulkan mata ganjaran daripada pelbagai rakan kerjasama Bonuslink.
Untuk menambah kad Bonuslink ke Google Wallet, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Wallet, dan seterusnya pilih Add To Wallet dan Loyalty. Kemudian, lakukan carian Bonuslink, dan daftar masuk ke akaun Bonuslink anda.
Selain Bonuslink, pengguna juga turut boleh menambah sejumlah kad ganjaran lain pada Google Wallet dengan melakukan proses sama, dan memilih penyedia perkhidmatan berbeza.