Cari @ Amanz

Apakah kelajuan terpantas pernah dicapai oleh anda ketika memandu sebuah kereta. Saya secara peribadi ialah sekitar 140 km/j sahaja kerana dikejar sebuah Ferrari dari belakang di atas lebuh raya. Tetapi kelajuan terpantas peribadi saya ini sekadar separuh rekod dunia baharu bergerak ke belakang yang dicatatkan oleh kereta Rimac Nevera.

Rimac Nevera sebuah kenderaan elektrik mencatatkan 275.74 km/j bergerak dalam keadaan “gostan” memecahkan rekod terdahulu 165 km/j yangd dipegang oleh sebuah Caterham 7 Fireblade. Kerana Nevera ialah sebuah EV, tiada masalah halangan pada kotak gear untuk bergerak ke belakang pada kelajuan yang tinggi. Keempat-empat motor dengan gabungan 1,914 kuasa kuda yang menjadikan Nevera kereta produksi terpantas dunia juga membolehkan ia bergerak ke belakang tanpa sebarang isu.

Kereta eksotik ini sudahpun memegang 23 rekod dunia dalam kategori kenderaan EV sebelum ini. Bagi mereka yang ingin memiliki kereta elektrik produksi terpantas dan juga dengan pecutan tertinggi dunia ini, Nevera dijual pada harga $2.2 juta (~RM 10.3 juta) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd