Carian
Rockstar Mengesahkan Treler Pertama GTA6 Akan Hadir Pada Awal Disember
November 8, 2023 Aman

Lanjutan daripada laporan hari ini, kini Rockstar Games sendiri secara rasminya berkongsi mengatakan treler pertama untuk permainan akan datang Grand Theft Auto akan dipertontonkan pada awal Disember 2023 kelak.

Permainan GTA6 sedia dinantikan ramai, memandangkan GTA5 sebelum ini telah diperkenalkan lebih sedekad yang lepas. Malah, menurut Rockstar, pengenalan treler ini kelak adalah selari dengan ulang-tahun ke-25 untuk Rockstar Games.

Grand Theft Auto merupakan permainan yang menduduki tangga kedua dari segi populariti – hanya dibelakang Minecraft. Semestinya ramai yang menantikan apakah pembaharuan yang bakal disertakan oleh Rockstar pada permainan akan datang mereka, yang mungkin turut mencorak permainan video akan datang untuk tahun-tahun seterusnya.

Komen