Omegle Ditutup Secara Mengejut Selepas 14 Tahun Beroperasi
Effi Saharudin
Laman telesidang Omegle ditutup secara mengejut hari ini oleh pengasasnya Leif K-Brooks pagi ini. Ia ditutup selepas 14 tahun beroperasi. Sekiranya laman Omegle diakses hari ini, pengguna hanya dapat membaca surat terbuka daripada K-Brooks yang memberikan sebab mengapa operasi laman ini telah ditamatkan.

Antara sebab utama ialah kos operasi bagi memastikan pengguna dari pelbagai lapisan umur dapat menggunakan laman dengan selamat yang tinggi menyebabkan ia tidak lagi dapat ditanggung oleh syarikat.
Daripada meneruskan operasi tetapi keselamatan pengguna tidak dapat dipastikan, K-Brooks mengambil langkah drastik menghentikan sahaja operasi. Ini adalah kerana beliau sendiri pernah menjadi mangsa gangguan seksual semasa kecil dan tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada pengguna bawah umur Omegle.
[sumber] Omegle [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.