Carian
Coros Pace 3 Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM999
November 9, 2023 Amy Maizuraa

Coros Pace 3 mula ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM999 seutas. Sebagai model baharu sudah semestinya terdapat pelbagai ciri yang dinaiktaraf, dan sesuai sahaja digunakan oleh pelari pemula mahupun veteran.

Dari aspek binaan COROS Pace 3 menggunakan kerangka berbentuk bulat bersama pilihan tali silikon atau nilon. Skrin pula sejenis LCD sebesar 1.2-inci dengan resolusi 240X 240 piksel, pada masa sama turut memuatkan pelbagai sensor kesihatan serta kecergasan.

Ini termasuk pemantauan denyutan jantung, SpO2, analisis tidur dan sebagainya. Mod sukan disediakan juga lebih menarik dengan penambahan beberapa aktiviti seperti Trail Running, Hiking, Skiing, Snowboarding, dan XC Skiing. Sebagai tambahannya lagi turut boleh dibawa berenang dengan kedalaman sehingga 5ATM.

Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 24 hari dengan penggunaan normal. Seterusnya berkurang menjadi 38 jam untuk mod GPS, 25 jam untuk mode All System dan 15 jam apabila mod Dual-Frequency GPS digunakan.

Komen