Cari @ Amanz

Pengguna di Malaysia hari ini menerima dua penawaran peranti boleh pakai baharu daripada Garmin menerusi MARQ Athlete (Gen 2) Carbon Edition yang berharga RM15,399. Sementara itu MARQ Golfer (Gen 2) Carbon Edition pula ditawarkan pada RM16,180 seutas. Bagi yang berminat kedua-duanya akan mula sedia dibeli pada pertengahan Disember mendatang menerusi pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

Kedua-duanya menjadi tambahan terkini untuk siri MARQ generasi kedua yang sudah semestinya berbza dari aspek bahan binaan. Seperti namanya model kali ini menampilkan gabungan gentian karbon untuk reka bentuk lebih ringan dan kuat. Saiz disediakan pula sebesar 46mm, yang menggunakan 130 lapisan gentian karbon bercantum. Kemudiannya turut digabung dengan tali jam premium dengan pilihan bahan sama ada kulit, nilon atau silikon.

Dengan MARQ Athlete, pengguna boleh memanfaatkannya untuk pelbagai jenis sukan termasuklah penjejakan aktiviti harian, mendaki, berenang, mendayung dan banyak lagi. Turut disertakankan ialah ciri latihan seperti PacePro dan Garmin Coach yang berguna untuk pemantauan stamina masa nyata.

Sementara itu MARQ Golfer pula sesuai buat sukan golf dengan kebolehan memuat-turun lebih daripada 43,000 padang dari selutuh dunia. Seterudnya ciri Virtual Caddy pula membolehkan pengguna memantau ketinggian dan daya hayunan, seterusnya mencadangkan pilihan bergantung yang bersesuaian.

Lain-lain ciri termasuklah navigasi GPS berbilang jalur dengan teknologi SatlQ, peta terbina, mod UltraTrack dan pemantauaan kesihatan serta kecergasan standard sedia ada. Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 16 hari penggunaan sepenuhnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd