WhatsApp menerusi kemaskini akan datang bakal muncul dengan kebolehan mempamerkan angka berapa kali sesuatu kemaskini yang dimuat naik dilihat oleh pengguna. Ciri baharu ini bagaimanapun masih dalam pengujian yang masih tidak jelas mengenai pelancaran rasmi kepada umum.
Ia menggunakna konsep yang sama seperti ciri View Counts di aplikasi X (Twitter) dan telegram sebelum ini. Di mana akan terdapatnya bilangan angka/statistik tertentu muncul dalam setiap kemaskini yang diterbitkan. Ini membolehkan pengendali sesuatu Channel memahami topik atau kandungan yang menjadi perhatian utama komuniti semasa.
Perlu ditegaskan juga angka atau statistik terbut akan muncul secara terbuka yang bermakna bukan sahaja pentadbir, malahan komuniti juga boleh melihat bilangannya. Sekali lagi dikatakan ciri ini masih di peringkat pengujian yang pastinya akan ditambahbaik sebelum diedarkan kelak.
Jangan lupa untuk ikuti saluran Amanz di WhatsApp Channels.