Realme C53 Dengan Memori Dan Storan Lebih Besar Berharga RM699 Di Malaysia
November 9, 2023
Realme
Amy Maizuraa
Realme C53 memasuki pasaran tempatan pada Jun lalu dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Terkini ia mula ditawarkan dalam pilihan lebih besar pula iaitu 8GB RAM dan storan dalaman 256GB dengan harga jualan RM699. Ketersediaan bermula 10 November 2023 menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia, sama ada secara dalam atau luar talian.

Realme C53 menggunakan skrin LCD sebesar 6.74-inci beresolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung juga dengan cip Unisoc T612, sementara itu bateri 5000mAh pula boleh dicas semula bersama pengecasan 33W. Dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP digunakan bertujuan melengkapkan lagi peranti ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.