Platform Penstriman NASA+ Dilancarkan Dan Boleh Diakses Percuma
Effi Saharudin
NASA sudah meneroka angkasa lepas sejak 65 tahun yang lalu. Mereka kini meneroka pula dalam arena penstriman video dengan pelancaran NASA+. Platform penstriman ini boleh diakses pengguna di seluruh dunia secara percuma bermula hari ini.

Antara yang ditawarkan NASA+ ialah kandungan asli dalam bentuk dokumentari, video bersejarah daripada misi-misi yang pernah dilancarkan dan penstriman secara langsung misi-misi NASA akan datang. NASA+ menawarkan untuk semua peringkat umur.
Bagi peminat aeroangkasa terdapat puluhan siri dokumentari yang menunjukkan apa yang berlaku di belakang tabir misi Apollo dan juga persediaan untuk misi Artemis. Untuk penonton kanak-kanak pula terdapat kandungan yang menerangkan konsep aeroangkasa yang kompleks supaya lebih mudah difahami,
Platform penstriman NASA+ boleh diakses menerusi laman web, aplikasi Android dan aplikasi iOS.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.