Siri kad grafik AMD Polaris dan Vega merupakan dua daripada siri kad grafik terakhir yang menggunakan arkitektur Graphics Core Next (GCN) sebelum AMD beralih ke teknologi RDNA yang digunapakai didalam siri kad grafik AMD Radeon RX 6000 dan 7000. AMD baru-baru ini telah mengesahkan bahawa kedua-dua siri kad grafik baru tidak lagi akan menerima kemaskini perisian selepas ini.
Pihak AMD mengesahkan perkara ini, dan mengatakan bahawa ia telah disahkan tamat tempoh hayat secara rasmi sejak bulan September tahun ini, dimana kedua-dua kad grafik ini telah menerima kemaskini perisian terakhir.
Secara teknikalnya siri-siri kad grafik ini sudahpun berada di akhir jangka-hayat mereka, tetapi keputusan untuk menghentikan kemaskini perisian dibuat hanya setelah siri kad grafik kelas pertengahan yang menggunakan kad grafik RDNA 3 telah dilancarkan baru-baru ini.
Diantara kad-kad grafik AMD yang cukup terkenal menggunakan teknologi GCN ini adalah seperti AMD Radeon HD7000, AMD Radeon R9 Fury X, Radeon RX Vega 64 dan juga Radeon VII, yang menggunakan memori HBM2. Walaupun begitu, AMD mengatakan bahawa kad-kad grafik ini masih akan menerima kemaskini sekuriti dan penting lain sekiranya diperlukan, tetapi penambahan sokongan untuk ciri-ciri baru yang diperkenalkan oleh syarikat tersebut.
Kini, dengan pelancaran kad-kad grafik berkuasa seperti AMD Radeon RX 7900 XTX sehinggalah ke AMD Radeon RX 7600 baru-baru ini, AMD nampaknya telah berpindah sepenuhnya ke penawaran RDNA dan tidak lagi bergantung kepada penawaran yang menggunakan teknologi GCN.