Carian
Perkhidmatan ChatGPT Tergendala Kerana Serangan DDoS
November 9, 2023 Effi Saharudin

OpenAI mengesahkan perkhidmatan ChatGPT dan API yang berkaitan dengannya kini tergendala dipercayai disebabkan oleh serangan DDoS. Perkhidmatan tergendala sejak sembilan jam yang lalu. Proses pemulihan masih lagi sedang dilalukan tetapi belum berjaya dikembalikan sepenuhnya ketika artikel ini ditulis.

Kami tidak mempunyai masalah mengakses ChatGPT menerusi laman rasmi dan Bing Chat pada waktu ini tetapi difahamkan ia tidak boleh diakses di beberapa negara. Ini adalah kali pertama OpenAI mengesahkan perkhidmatan mereka menjadi mangsa serangan DDoS.

Dengan ChatGPT kini menjadi antara aplikasi yang digunakan lebih 100 juta pengguna setiap minggu, serangan hari ini pastinya akan mengurangkan produktiviti bagi mereka yang bergantung kepadanya.

Komen