FoodPanda hari ini mengumumkan permulaan ujian rintis untuk penggunaan Smart Rider Bags, yang mana akan menyertakan sebuah panel digital bagi membolehkan pengiklanan melalui beg penghantaran makanan.

Seperti ramai sedia maklum, kita sering dapat melihat penghantar makanan yang membawa beg di jalan raya dan kawasan perumahan – sekaligus membuka ruangan untuk bahagian beg tersebut digunakan untuk paparan pengiklanan.
Ini sekaligus membolehkan pengiklanan dilakukan dengan memfokuskan sesuatu kawasan setempat dengan baik.

FoodPanda menyatakan mereka akan memulakan ujian rintis untuk Smart Rider Bags ini pada November ini, bermula di Johor Bahru.
Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi bagaimanakah pembahagian pendapatan akan dilakukan oleh Panda Ads bersama rakan penghantar makanan.