Carian
Anda Kini Boleh Menyembunyikan Alamat IP Pada WhatsApp Call
November 9, 2023 Fahim Zahar

WhatsApp sejak kebelakangan ini kerap memperkenalkan ciri untuk melindungi privasi dan data pengguna. Hari ini mereka mengumumkan satu lagi ciri sekuriti baharu khusus untuk WhatsApp Call. Ciri ini adalah Protect IP address in calls.

Menurut WhatsApp dengan ciri ini, ia akan menyembunyikan alamat IP pengguna ketika menggunakan panggilan suara. Dengan mengaktifkannya, IP pengguna akan melalui pelayan WhatsApp agar penerima panggilan telefon tidak boleh melihat alamat sebenar dan menjejak lokasi pemanggil.

Menariknya, walaupun alamat IP telah menembusi pelayan WhatsApp panggilan telefon masih disulitkan secara hujung-ke-hujung. Walaupun ciri ini adalah satu perkara yang bagus, ia akan mengurangkan kualiti panggilan suara. Dalam semakan saya, ciri ini telah tersedia untuk kedua-dua peranti Android dan juga iOS.

Komen