Google kini dilihat telah mengemaskini sokongan kad bank yang boleh digunakan bersama-sama Google Wallet, dan bank terbaru yang ditambah adalah Bank Standard Chartered.
Untuk Bank Standard Chartered ini, Google Wallet hanya menambah sokongan untuk kad kredit sahaja, dan masih belum menambah sokongan untuk kad debit.
Dengan pengenalan ini, kini pengguna boleh menggunakan kad keluaran Bank CIMB, Hong Leong Bank, HSBC, Public Bank, dan juga kad prabayar keluaran Visa.
Google Wallet adalah sokongan dompet digital Google untuk peranti Android – membolehkan pengguna menambahnya dan melakukan pembayaran secara NFC dengan menyentuh telefon pada terminal pembayaran.
Selain kad bank, pengguna juga boleh menambah kad ganjaran pada Google Wallet.