Pratempahan untuk monitor gaming Odyssey Neo G9 G95NC dengan skrin 57″ telah dibuka oleh Samsung Malaysia bermula semalam hingga 13 November ini. Bagi mereka yang melakukan pratempahan, Samsung menawarkan potongan harga RM4300 berbanding harga jualan asal RM12,999.

Samsung Odyssey OLED G9 G95NC dilengkapi skrin 57-inci dwi-UHD (7860×2160 pixel) dengan nisbah 32:9 dan lengkungan 1000R. Panel adalah dari keluarga Quantum mini LED dengan kadar segar semula mencecah 240Hz. Ia turut melepasi piawaian VESA DisplayHDR 1000 dengan keterangan puncak mencecah 1000 nits.
Terdapat juga sokongan AMD FreeSync Premium Pro untuk kandungan gaming yang sentiasa lancar. Input yang disokong ialah HDMI 2.1 serta DP 2.1. Tidak seperti majoriti monitor gaming Samsung yang lain, Odyssey OLED G9 G95NC tidak dilengkapi sistem pintar Tizen OS. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan pratempahan sila ke pautan di bawah.
- Sumber
- Samsung