ZTE Blade V50 Design telah diperkenalkan di Malaysia dengan harga RM599 sebuah. Ia merupakan peranti kelas asas yang dijana cip Unisoc T760. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi Shopee dan Lazada sekarang, namun unit disediakan adalah terhad.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/11/ZTE-Blade-V50-Design-Kini-Di-Malaysia-Pada-RM599-A-950x530.jpg)
Untuk spesifikasi peranti ini dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula standard. Ini digabung juga dengan cip Unisoc T760, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utama. Kemudian turut memuatkan kamera utama 50MP + 2MP, kamera swafoto 8MP dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan 22.5W.