Casio Computer Co. Ltd. hari ini mengumumkan ketersediaan G-Shock X Bape 30th Anniversary Special Model untuk pasaran Malaysia. Ia sekaligus menjadi tambahan baharu bagi barisan jam tangan G-Shock dan boleh dibeli pada RM1,695 seutas. Ketersediaan bermula sekarang menerusi kedai rasmi BAPE, GShock dan Casio terpilih di seluruh Malaysia.


Gabungan warna hitam dan kuning digunakan sepenuhnya pada jam tangan ediri terhad ini. Ini bagi memberi kesan kasual dan santai pada satu masa, sekaligus menjadikannya sesuai digayakan begitu sahaja. Rupa klasik berkonsep tahan lasak turut digunakan dengan tubuh dan tali sepenuhnya diperbuat daripada plastik, kecuali bahagian bezel dan penutup belakang yang menggunakan logam.

Ini digabungkan juga dengan cangkuk standard bersama beberapa butang kawalan terbina. Salah satu butang itu nampak menonjol dengan logo (B) mewakili Bape, yang boleh memberi kelebihan tersendiri. Sinonim dengan konsepnya yang tahan lasak, ciri berguna seperti kalis air sehingga 20 meter di bawah air turut disertakan.