Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membangunkan sektor pertanian pintar. Ini diumumkan Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pembentangan belanjawan negeri hari ini. Menerusi dana ini teknologi hidroponik, akuaponik, serta penanaman vertikal menggunakan kecerdasan buatan (AI) akan digunakan.
Sebelum ini usaha pemacuan bekalan makanan negeri telahpun dilaksanakan menerusi pembangunan projek Klusterisasi Tanaman dan Produk Hiliran di setiap daerah Selangor. Di mana ia bertindak mempelbagaikan lagi stok makanan negeri seperti kelapa, padi, pisang, sayuran bagi mengurangkan kebergantungan terhadap aliran makanan import. Ini juga diharap dapat menjadikan Selangor negeri yang menerajui penggunaan teknologi pintar yang terkini dalam bidang pertanian.