Carian
Filem Biografi Elon Musk Dilaporkan Dalam Pembangunan
November 10, 2023 Aman

Baru-baru ini, kita telah melihat buku biografi Elon Musk tulisan Walter Isaacson telah dijual, sekaligus memperlihatkan sejumlah kisah disebalik manusia bernama Elon Musk, yang kini merupakan antara manusia terkaya dunia dan menerajui jenama seperti Tesla, SpaceX dan juga X (Twitter).

Elon Musk

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan filem biografi Elon Musk berasaskan buku tulisan Walter Isaacson dalam perancangan untuk dibangunkan dan diterbitkan. Namun, maklumat penuh berkaitan dengan perkara ini tidak diketahui lagi. A24 dijangka akan menghasilkan filem ini.

Sebelum ini, filem Steve Jobs turut telah dihasilkan berasaskan kepada tulisan buku biografi oleh Walter Isaacson. Jadi, ia mungkin bukan suatu kejutan untuk melihat satu lagi karya biografi tulisan beliau dijadikan filem.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkenaan filem Elon Musk ini.

Komen