Carian
Oppo A79 5G Kini Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM1,199
November 11, 2023 Amy Maizuraa

Oppo A79 5G diumumkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Dijual dengan harga RM1,199, ia boleh dibeli secara dalam talian menerusi pengedar sah Oppo bermula hari ini. Sementara itu jualan secara luar talian pula bermula 16 November 2023.

Oppo A79 5G dilengkapi dengan skrin IPS LCD sebesar 6.72-inci beresolusi FHD+ (1080 X 2400 piksel). Ini digabung juga dengan cip MediaTek Dimensity 6020, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5,000mAh disertakan pula boleh dicas semula menggunakan port USB-C dan sistem pengecasan 33W.

Seterusnya peranti juga memuatkan dwi-kamera utama 50MP + 2MP portrait dan swafoto sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuk kalis percikan IPX4, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, NFC dan menjalankan ColorOS 13.1 (berasaskan Android 13).

Komen