Kerajaan Nepal kini menyatakan mereka akan mengharamkan aplikasi TikTok, memetik menyatakan beberapa perkara terganggu disebabkan salah-guna aplikasi tersebut termasuk keharmonian sosial.
Pengharaman ini adalah tambahan kepada sejumlah negara yang telah mengharamkan atau mengehadkan aplikasi tersebut – termasuk seperti India. Sebelum ini, beberapa negara telah mengharamkan kerana kerisauan sekuriti dan data.
Menurut kerajaan Nepal, sebanyak 1600 kes jenayah siber melibatkan TikTok telah dilaporkan di Nepal dalam tempoh empat tahun. Buat masa ini, pihak TikTok tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan pengharaman aplikasi mereka di Nepal ini.