Siri Vivo X100 telah dilancarkan secara rasmi di China pada hari ini. Ianya terdiri dengan dua variasi model iaitu X100 dan X100 Pro yang mana kedua-duanya berkongsi beberapa ciri yang sama. Apa yang membezakan antara kedua-duanya pula pada kamera utama, kapasiti bateri dan sistem pengecasan.
Melaluinya Vivo X100 dan X100 Pro dilengkapi skrin AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak mencapai 3000nits. Skrin kedua-duanya turut mempunyai pensijilan HDR10+ dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion.
Seterusnya cip MediaTek Dimensity 9300, memori 16GB RAM LPDDR5T dan storan dalaman 1TB UFS 4.0 digunakan untuk tunjang utama. Diikuti juga dengan bateri 5,000mAh bersama sistem pengecasan 120W dibekalkan pada model standard. Sementara itu model pro pula dilengkapi bateri 5,400mAh yang boleh dicas semula secara berwayar menerusi sistem pengecasan 100W. Kelebihan turut boleh dilihat pada variasi pro yang menyokong pengecasan nirwayar 50W.
Turut disertakan ialah sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP sudur lebar (F/1.57, OIS), 50MP sudut ultra lebar (F/2.57, OIS) dan 64MP telefoto (F/2.0) (zum optikal 3x, zum sehingga 100x) pada model standard. Kemudian kamera utama pada model pro pula sebesar 50MP dengan sensor bersaiz 1-inci dari Sony IMX989, 50MP telefoto periskop (F/2.5, OIS) (sokongan zum optik 4.3x, sehingga zum 100x) dan 50MP sudut ultra lebar. Di samping itu model pro juga dilengkapi dengan cip Vivo V3.
Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera swafoto 32MP, kalis air IP68, pengimbas cap jari skrin dan menjalankan FunTouchOS 14 berasaskan Android 14. Harga jualan untuk kesemua peranti adalah seperti di bawah:
Vivo X100 :
- 12/256GB – RMB 3999 (~RM2582)
- 16/256GB – RMB 4299 (~RM2775)
- 16/512GB – RMB 4599 (~RM2969)
- 16GB/1TB – RMB 4999 (~RM3227)
- 16GB/1TB – RMB 5099 (~RM3292)
Vivo X100 Pro:
- 12/256GB- RMB 4999 (~RM3227)
- 16/256GB- RMB 5299 (~RM3421)
- 16/512GB- RMB 5499 (~RM3550)
- 16GB/1TB – RMB 5999 (~RM3873)