HarmonyOS merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh Huawei. Pada awal pengenalan, dalam usaha untuk menarik ramai pengguna, Huawei turut menyertakan sokongan membolehkan pengguna memasang aplikasi APK yang dibangunkan untuk sistem operasi Android – terus pada HarmonyOS. Namun, kini ia dilihat Huawei telah bersedia untuk beralih ke langkah seterusnya.
Melalui HarmonyOS Next (versi seterusnya sistem operasi berkenaan), Huawei dijangka hanya akan menyertakan sokongan aplikasi natif sahaja. Ini bermakna, sebarang pemasang aplikasi perlulah dalam format HAP yang dibangunkan untuk HarmonyOS.

Dengan langkah ini, tiada lagi pemasangan aplikasi APK akan disokong pada HarmonyOS. Ini sekaligus akan membuatkan ia diposisikan lebih baik dalam menjadi sistem operasi alternatif, dan tidak bergantung semata kepada aplikasi Android sahaja.
Pada hari ini sendiri, kita sedia melihat pelbagai syarikat tempatan turut mempunyai penawaran aplikasi masing-masing pada AppGallery – dan peralihan ini mungkin tidak memberikan impak besar kepada pengguna.
Apa pun, sama-sama kita lihat reaksi pengguna apabila HarmonyOS Next ini dilancarkan kelak.
- Sumber
- Pandaily