Telefon pintar memfokuskan permua masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna hari ini. Selain itu akan turut ditambahbaik ke arah usaha yang bersifat responsif terhadap keperluan golongan tersebut. Berkongsi lebih lanjut Nubia kini telah mengesahkan secara rasmi tarikh pelancaran dan nama telefon pintar permainan yang seterusnya.

Ia dikenali sebagai Red Magic 9 Pro dan bakal diumumkan pada 23 November akan datang. Kehadirannya sedia diacah menerusi status terkini di weibo namun tiada butiran khusus didedahkan. Pun begitu Nubia menjanjikan peranti akan mempunyai reka bentuk, prestasi dan hayat bateri lebih baik secara keseluruhannya.

Ini boleh termasuk penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3, kipas penyejuk terbinan dan pilihan memori lebih besar. Namun seperti biasa segala persoalan sudah semestinya terjawab pada minggu hadapan.