Sebelum ini kami telah melaporkan mengenai komputer gaming berbentuk kasuk sneaker Cooler Master Sneaker X dan bagaimana ia sudahpun boleh dibeli di beberapa pasaran terpilih. Terkini, rakan kami di Cooler Master Malaysia telah berkongsi bahawa kedai komputer tempatan, Viewnet telah membawa masuk sebuah unit komputer tersebut sebagai unit demo.
Menurutnya, spesifikasi komponen yang dibawa masuk termasuklah CPU Intel Core i7-13700F, dua keping memori 16GB DDR5, storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070.

Seperti yang dikatakan, unit demo untuk komputer Cooler Master Sneaker X boleh dilihat dan diuji di kedai komputer Viewnet yang terletak di aras 3, Plaza Low Yat. Buat masa ini ia masih tidak diketahui lag sekiranya komputer ini akan dijual di pasaran tempatan.