Carian
Beberapa Perkhidmatan Maybank Tidak Boleh Diakses Sementara Pada 19 November
November 14, 2023 Amy Maizuraa

Malayan Banking Bhd (Maybank) dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa sejumlah perkhidmatannya akan mengalami gangguan pada Ahad, iaitu 19 November 2023. Hal ini berlaku disebabkan oleh proses penyelenggaraan sistem, sekaligus mana-mana perkhidmatan terlibat tidak boleh diakses sementara waktu secara berperingkat diantara jam 3 hingga 6 pagi pada hari berkenaan. Antara yang terlibat adalah seperti berikut :

  • Maybank2u, sama ada web atau aplikasi
  • Maybank2u Biz, sama ada web atau aplikasi
  • Aplikasi MAE
Maybank

Justeru, Maybank memberi saranan ke[ada pengguna untuk melakukan transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam tempoh berkenaan. Maybank juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 1-300-88-6688.

Komen