Carian
WhatsApp Menambah Ciri Perbualan Suara Berkumpulan – Lebih Kurang Seperti Pada Discord
November 14, 2023 Aman

WhatsApp hari ini memperkenalkan ciri baharu dinamakan Voice Chat untuk WhatsApp Groups, membolehkan pengguna berbual dengan mudah. Ciri ini adalah lebih kurang seperti pada Discord, membolehkan pengguna kekal berbual dan berkomunikasi secara berkumpulan.

Ciri ini adalah berbeza dengan sokongan panggilan suara – yang akan membuatkan peranti berbunyi seperti panggilan suara, dan terhad berapa ramai yang boleh menyertainya.

Fungsi baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat oleh WhatsApp – bermula dengan kumpulan yang mempunyai lebih 33 orang peserta padanya. Seperti ciri lain pada WhatsApp, ia juga turut hadir dengan sokongan penyulitan penuh – memastikan privasi terjaga.

Komen