Carian
GXBank Memperluaskan Penawaran Akses Beta Kepada 20,000 Pengguna Terpilih – Bank Digital Diterajui Grab
November 14, 2023 Aman

GXBank merupakan bank digital yang diterajui Grab, sekaligus memberikan ciri-ciri perbankan secara digital sepenuhnya. Pengguna boleh membuka akaun secara terus melalui aplikasi, dan seterusnya menguruskan simpanan dan pelbagai perkara lain melaluinya.

Hari ini, GXBank mengumumkan mereka akan memperluaskan penawaran akses beta kepada 20,000 pengguna terpilih di Malaysia. Dengannya, pengguna boleh melakukan pendaftaran, menambah simpanan ke dalam akaun, selain turut pautkan akaun GXBank ke akaun Grab. GXBank turut menyertakan ciri dinamakan Pockets dalam mengalakkan simpanan. Buat masa ini, permohonan kad debit masih belum tersedia – tetapi GXBank menyatakan mereka akan menyokong pengeluaran di MEPS seluruh negara tanpa sebarang caj RM1 seperti bank lain.

Ciri yang ditawarkan masih lagi asas sahaja buat masa ini, dan dijangka akan terus ditambah dari bulan-bulan akan datang. GXBank menjanjikan pulangan simpanan sebanyak 3% p.a, selain turut menawarkan pulangan tunai RM20 untuk tambah-nilai (simpanan) RM100 pertama ke dalam akaun. 

Menurut pihak GXBank juga, mereka hanya menyokong kaedah simpanan konvensional, dan tiada sokongan mesra syariah buat masa ini. Hal ini dikatakan disebabkan lesen yang diberikan kepada mereka tidak menyokong simpanan syariah.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi GXBank di iPhone atau Android hari ini, dan mendaftar minat untuk mencubanya.

Komen