Cari @ Amanz

KTM Komuter kini telah mula menyokong pembayaran menggunakan kad debit di ACG (Automatic Control Gate) – sekaligus memberikan lebih kemudahan dan alternatif kepada pengguna dalam melakukan pembayaran ketika menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

Buat masa ini, ciri baharu ini boleh digunakan di semua stesen perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan Utara. Hanya kad bank tempatan sahaja yang boleh digunakan pada terminal pintu kawalan automatik.

KTM turut menekankan yang mana nilai pegangan sementara sebanyak RM30 akan dilaksanakan, dan baki akan dipulangkan dalam tempoh masa sehari ke tiga hari. Sekiranya nilai pegangan sementara tidak berjaya diperolehi, maka KTM Komuter akan senarai hitam kad debit penumpang berkenaan, dan perlu membuat bayaran secara tunai di kaunter destinasi.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk kepada FAQ yang disediakan pihak KTM Komuter dalam memudahkan lagi para penumpang dalam menggunakan ciri baharu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd