Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini mengumumkan penganjuran program Minggu Sains Negara, yang akan berlangsung pada 19 hingga 20 November 2023 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya. Acara ini akan diadakan serentak bersama Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan pada lokasi dan tarikh sama.
Kedua-dua acara ini adalah usaha kerajaan dalam terus memperkasakan arena sains, teknologi dan inovasi – disamping mengalakkan lebih ramai pelajar dan belia dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Pada acara ini, sekitar 40 reruai akan memperlihatkan pameran interaktif melibatkan pelbagai perkara berkaitan sains, teknologi, dan inovasi.
Untuk makluman, acara Minggu Sains Negara telah dilaksanakan sejak April 2023 lepas, dimana ia telah diadakan secara atas-talian. Karnival Minggu Sains Negara akhir ini dijangka akan dikunjung lebih 20,000 orang.
Bagi orang ramai, anda boleh berkunjung ke PICC, Putrajaya pada 19 dan 20 November 2023 ini.