Kita telahpun memasuki fasa bulan-bulan akhir tahun ini dan adakah anda masih menggunakan peranti lama? Peranti lama anda sekitar 3-4 tahun mungkin masih berfungsi namun adakalanya terdapat aplikasi yang tidak menyokong penggunaan sistem operasi yang terkebelakang. Jika anda mencari peranti baharu, dibawah ini adalah beberapa sebab kenapa anda boleh berkira-kira untuk membeli Samsung Galaxy S23 FE.
Rekaan S Series Yang Sama Bergaya
Tidak dinafikan didalam kelas ’S’, adalah hadirnya rekaan-rekaan ikonik, disertakan dengan warna-warna yang menarik seperti Mint, Ungu, Graphite dan Cream menyerlahkan keperibadian pemilik peranti ini. Malah untuk Samsung Galaxy S23 FE yang turut mempunyai ketahanan air dan debu IP68 ini ia turut membawakan rekaan kamera yang sama seperti siri S yang lain. Ini diserlahkan dengan badan aluminium yang dilitupi kaca Corning Gorilla Glass 5 dibahagian hadapan dan belakang, menambahkan lagi kemasan peranti ini.
Kamera Nightography Memudahkan Rakaman Malam
Siapa kata versi FE ini terkurang cirinya kerana namanya? Ini bukanlah satu isu malah kamera Samsung Galaxy S23 FE ini turut dilengkapi kebolehan merakam gambar waktu malam yang baik, sama seperti kelas S yang lain. Ia turut hadir dengan fungsi professional seperti Single Take, Pro Mode, dan Director View.
Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera 50MP dan 3x zum optikal, kamera hadapan 10MP Dual Pixel membolehkan rakaman portret malam dan video diwaktu malam dilakukan dengan jelas. Anda juga boleh merakam video sehingga 8K 24fps atau 4K 60fps untuk kualiti yang lebih baik. Bahkan membezakan Galaxy S23 FE dengan peranti lain dalam kelasnya adalah dengan kewujudan penstabil imej optikal (OIS) bagi menjayakan rakaman tanpa gegaran, menyerlahkan kesempurnaan.
Kebolehan Gaming 120Hz dan Ray Tracing
Jika anda mencari peranti untuk Gaming, anda pastinya tidak tersalah pilih kerana Samsung Galaxy S23 FE turut dilengkapi dengan ciri-ciri terkini membantu pengalaman permainan anda. Anda boleh bermain dengan paparan yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Dan lebih menarik lagi, ia turut menyokong permainan yang mempunyai fungsi Ray Tracing seperti War Thunder Mobile yang membuatkan pengalaman visual lebih baik berbanding kebiasaan.
Ini juga kerana Samsung Galaxy S23 FE ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Exynos 2200 yang disejukkan dengan Vapor Chamber yang 3.9x lebih besar berbanding model sebelum ini. Jadi anda bukan sahaja dapat prestasi yang lebih, anda juga dapat memainkan video 8K 60 fps tanpa sebarang masalah.
Ekosistem Galaxy Memudahkan Tambatan Dengan Peranti lain
Jika anda telahpun menggunakan peranti Galaxy yang lain, seperti Galaxy Tab S9 FE, atau sebarang paparan, anda boleh melakukan multi-tugasan dengan menambat Galaxy S23 FE ini kepada peranti tersebut. Dengan kemaskini One UI terbaharu, segala proses ini dipermudah dan membantu produktiviti anda.
Anda boleh membeli Samsung Galaxy S23 FE ini pada harga RM 2,999 untuk model 128GB, atau RM 3,299 untuk model 256GB dan harga ini boleh dikatakan cukup berbaloi untuk fungsi-fungsi yang sangat mengagumkan.
Untuk masa terhad, terdapat promosi storan berganda bernilai RM 300 untuk model 256GB, dan anda boleh jimat sehingga RM 665 untuk diskaun tukar-beli sehingga 30 November 2023. Malah anda juga layak untuk mendapatkan diskaun pembelian bersama (PwP) 30% untuk Samsung Care+, serta aksesori dan peranti terpilih seperti Galaxy Tablets & Buds.
Jangan lupa sertai #GalaxyTroop untuk faedah mingguan dengan ‘Finally Monday Epic Rewards’ serta peluang memenangi satu lagi peranti Galaxy FE. Layari lebih lanjut mengenai #GalaxyTrooper dan belilah Anda juga boleh mendapatkan diskaun RM 500 sekiranya menggunakan kod promosi [ AZGALAXYFE ] tertakluk sementara stok masih ada.
- Beli:
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia