Carian
Ini Adalah 5 Jenama Pengeluar Telefon Pintar Popular Malaysia Pada Suku Ketiga 2023
November 14, 2023 Aman

Canalys kini telah mengeluarkan data berkenaan pengeluar telefon pintar terkemuka di Malaysia, untuk suku tahunan ke-3, bagi tahun 2023 ini. Melalui data yang dikeluarkan, Xiaomi dan Samsung menduduki tangga teratas pasaran Malaysia, dengan masing-masing memegang sebanyak 17% pegangan pasaran.

Ditangga ketiga pula adalah Vivo dengan pegangan sebanyak 13%, sama seperti Oppo juga dengan pegangan sebanyak 13%. Di tangga kelima adalah Realme dengan 11% pegangan pasaran.

Mengikut data yang dikongsikan juga, hanya Realme memperlihatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Dengan pelbagai pengeluar kini mula memasarkan peranti baharu untuk suku terakhir, sama-sama kita nantikan bagaimanakah pegangan pasaran akan berubah kelak.

Komen