iMessage merupakan salah satu medium komunikasi yang popular dikalangan pengguna iPhone – terutamanya di Amerika Syarikat. Apple sendiri menjadikan perkhidmatan permesejan berkenaan eksklusif pada platform Apple, dan tidak menawarkan ia kepada pengguna platform lain secara rasminya.
Nothing merasakan ramai pengguna iPhone tidak beralih ke peranti lain disebabkan oleh ciri iMessage – sekurang-kurangnya di Amerika Syarikat, dan kini hadir dengan penawaran alternatif mereka tersendiri dinamakan Nothing Chats. Melalui Nothing Chats, pihak Nothing ingin membolehkan pengguna peranti mereka berkomunikasi bersama rakan-rakan mereka di IPhone melalui iMessage.
Nothing menjayakan perkara ini melalui kerjasama dengan pihak Sunbird. Nothing menyatakan aplikasi Nothing Chats ini akan tersedia di Play Store untuk pengguna Nothing Phone (2) dalam bentuk beta bermula Jumaat ini, terhad untuk pengguna di Amerika Syarikat, UK dan Eropah terlebih dahulu.
Apa pun, hendaklah dimaklumkan yang mana pengguna akan perlu log masuk ke akaun Apple mereka melalui Nothing Chat, dan komunikasi dilakukan melalui Mac Mini secara remote. Ia tidak diketahui berapa lamakah Apple akan ambil sebelum mengharamkan kaedah ini.