Penggunaan AI generatif membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan imej yang realistik berdasarkan prom yang ditulis. Kemampuan AI Midjourney sekarang adalah cukup menakjubkan sehingga sukar membezakan imej sebenar dengan imej yang dijana olehnya. Oleh sebab ini YouTube mengemaskini garis panduan komuniti dengan video yang dihasilkan atau mengandungi elemen dijana AI perlu dilabel oleh pemilik saluran.

Kandungan seperti ini perlu dilabel dengan saluran yang kerap kali gagal melakukannya boleh digantung daripada YouTube Partner Program dan video tersebut akan dipadam. Penalti yang lain juga boleh dikenakan sekiranya garis panduan terus dilanggar.
Para penonton akan dapat melihat label “Altered of synthetic contect” pada kandungan yang ditonton sekiranya ia dijana oleh AI. Pada kandungan yang dirasakan lebih sensitif. Label akan dipaparkan dengan lebih jelas.
- Sumber
- YouTube