Carian
Anda Kini Boleh Kongsi Gambar, Video Dan Reels Instagram Ke “Close Friends”
November 15, 2023 Fahim Zahar

Instagram sebelum ini sedia membenarkan pengguna berkongsi Stories kepada rakan rapat melalui Close Friends, di mana perkongsian yang dilakukan hanya boleh dilihat oleh pengikut yang terpilih sahaja. Pengikut yang dipilih akan melihat gegelung berwarna hijau pada Stories sebagai indikasi.

Bulan Mei lepas, Meta mula menguji ciri membenarkan perkongsian gambar dan video pada susur masa kepada rakan rapat pula. Malam tadi, Mark Zuckerberg telah berkongsi dalam Meta Channel di Instagram yang ciri ini telah diedarkan kepada orang ramai. Menariknya, Reels turut boleh dikongsi ke kawan rapat dan tidak lagi terhad kepada perkongsian umum.

Dalam cubaan saya, ciri ini telah terus diaktifkan tanpa mengemaskini aplikasi. Sebelum berkongsi gambar, video atau Reels aplikasi akan meminta pengguna memilih penonton (Audience) dan di dalamnya ada dua pilihan sama ada Semua orang (Everyone) atau Rakan Karib (Close Friends). Memilih Rakan Karib turut membenarkan pengguna memilih pengikut sama seperti Stories sebelum ini.

Komen