- Info
- Teks Asal – Farah Izzati
Peranti dengan skrin boleh lipat bukanlah sesuatu yang asing lagi buat semua orang hari ini. Jika dahulu, kita sering membuka lipatan buku untuk menyelak dan membaca setiap helai kandungan di dalam buku tersebut. Namun, kini kita telah tiba ke suatu zaman dimana kita boleh membuka telefon seperti membuka buku untuk menatal dan melakukan kerja harian melalui ciri peranti dengan skrin boleh lipat.

Tidak terkecuali juga, sebuah jenama peranti terkenal, OPPO telah memperkenalkan telefon dengan skrin boleh lipat yang baharu, dinamakan sebagai OPPO Find N3. Melaluinya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan serentak disamping menjamin produktiviti pengguna professional ataupun biasa. Oleh itu, ini merupakan kelebihan OPPO Find N3 dalam meningkatkan produktiviti dan menjamin kelancaran penggunaan anda.
Rekaan Nipis Sesuai Untuk Kegunaan Harian
Dimulakan dari segi rekaan peranti terlebih dahulu, OPPO Find N3 ini menawarkan rekaan yang cukup minimalis. Berat peranti ini hanyalah sekitar 239g dan ketebalannya hanya mencapai 5.88mm sahaja. Rekaan seperti ini sememangnya mampu untuk menjamin keselesaan ketika di pegang dan sesuai digunakan setiap hari. Malah, dengan rekaan skrin peranti seperti ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti serentak dan ini dapat meningkatkan produktiviti anda ketika menggunakannya. Dari sudut pandangan belakang pula, terdapat sebuah bulatan yang memuatkan sistem tri-kamera yang dipanggil sebagai Cosmos Ring.

Sistem Operasi ColorOS 13.2
Seterusnya, beralih kepada sistem operasi pula, OPPO Find N3 menggunakan ColorOS 13.2 berasaskan Android 13 dan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Melaluinya, anda boleh melakukan pelbagai perkara serentak dengan lebih mudah, seolah-olah anda mempunyai mini komputer yang sebesar telapak tangan sahaja. Namun, bagaimanakah ia membantu anda untuk melakukan kerja serentak?
Ia dapat membantu anda untuk melakukan kerja secara serentak melalui penawaran sistem operasi ColorOS 13.2 yang berasaskan Android 13. Melaluinya, ia dioptimumkan dengan Global Taskbar dimana ia berfungsi sebagai taskbar seperti di komputer yang biasa kita gunakan. Tambahan lagi, pada Global Taskbar ini, ia turut dihadirkan dengan App Library dan File Pocket dimana ia membolehkan anda untuk mengakses semua aplikasi dan menyimpan semua aplikasi yang baru sahaja digunakan dengan satu sentuhan sahaja. Ini seterusnya membolehkan anda untuk menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih produktif dan efisien.

Skrin Yang Lebih Luas Untuk Lebih Kepuasan
Seterusnya, skrin hadapan telefon ini berukuran 6.3 inci manakala skrin dalaman pula mempunyai ukuran 7.8 inci. Kedua-dua skrin menggunakan paparan AMOLED LTPO 120Hz. Dengan saiz dan jenis skrin seperti ini, ia bakal menjadikan pengalaman anda lebih memuaskan ketika menggunakannya kerana anda boleh membuka lipatan skrin untuk melakukan pelbagai aktiviti serentak seperti menonton video dan menatal media sosial dalam masa yang sama. Kesan lipatan pada skrin juga tidak begitu ketara dan ini bermakna, ia tidak akan mengganggu anda ketika menggunakannya. Menurut OPPO lagi, skrin utama ini boleh dilipat sehingga 1 juta kali tanpa masalah kerana ia menggunakan engsel Flexion dari OPPO sendiri.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan fungsi Boundless View dimana ia berfungsi seolah-olah multi-window di komputer. Melaluinya, anda boleh menggunakan tiga aplikasi serentak dalam satu skrin. Seperti contoh, anda boleh membuka aplikasi media sosial, mesej dan video dalam masa yang sama dengan menyeret (drag) dan lepas (drop) tiga aplikasi dari App Library ke paparan skrin dalaman. Dengan ini anda boleh menonton video sambil menatal media sosial atau membalas mesej daripada rakan-rakan dan keluarga. Namun, kesemua fungsi yang dinyatakan diatas tadi hanya boleh dilakukan di skrin dalaman, sebaik sahaja anda membuka lipatan telefon anda.

Kemampuan Kamera Yang Luar Biasa
Seterusnya beralih kepada spesifikasi kamera utama pula, OPPO Find N3 ini dilengkapi dengan sistem tri-kamera bersama-sama teknologi Hasselblad yang terdiri daripada 48MP kamera sudut lebar, 64MP kamera telefoto dan 48MP untuk ultra sudut lebar. Dengan gabungan sistem tri-kamera ini membolehkan anda untuk mengambil gambar dalam apa jua keadaan dengan begitu cemerlang sekali.
Tidak berhenti disitu sahaja, untuk kamera swafoto pula, peranti ini dilengkapi dengan dua buah kamera swafoto iaitu 32MP di bahagian skrin hadapan manakala 20MP pada skrin dalaman. Jika anda ingin mengambil gambar swafoto tanpa memegang telefon, anda boleh sahaja mengaktifkan mod FlexForm dengan melipat separuh telefon anda dan letakkan pada keadaan duduk. Dengan ini, anda tidak akan lenguh tangan memegang kamera demi berswafoto.

Ketahanan Bateri Cukup Untuk Aktiviti Seharian
Beralih kepada bateri pula, OPPO Find N3 mempunyai kapasiti bateri 4800mAh dimana ia mampu untuk bertahan seharian dengan kadar penggunaan yang ringan. Bukan itu sahaja, ia juga turut menyokong pengecasan 67W SUPERVOOC dimana anda boleh mengecas sehingga 35% dalam masa 10 minit sahaja. Dengan ini, anda tidak perlu risau tentang ketahanan bateri dan juga boleh menjimatkan masa anda tanpa perlu menunggu lama untuk pengecasan penuh.

Kesimpulan
Kesimpulannya, OPPO Find N3 ini merupakan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang serba boleh dan semestinya dapat menjamin produktiviti pengguna. Dengan rekaannya yang nipis, ia menjadikan peranti ini selesa untuk dipegang pada setiap hari. Selain itu, skrinnya yang luas menjadikan ia sebagai satu nilai tambah kepada keistimewaannya yang sedia ada. Pendek kata, ia merupakan sebuah peranti yang berbaloi untuk didapatkan dan bakal membuatkan aktiviti harian lebih lancar dan efisien.
Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah peranti mercu dengan skrin boleh lipat seperti ini, anda boleh membelinya pada harga RM7,999 untuk storan 512GB + RAM 16GB dengan pilihan warna Champagne Gold dan Classic Black. Anda boleh mendapatkannya menerusi laman web atau kedai atas talian rasmi dari OPPO Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan ayuh bersama-sama meningkat produktiviti hidup mulai hari ini.

Berita menarik buat anda yang ingin memiliki OPPO Find N3 ini, anda boleh mendapatkannya dengan menyertai kempen tukar beli yang ditawarkan oleh OPPO. Melaluinya, anda hanya perlu tukar milik telefon pintar anda yang terkini pada harga yang dipersetujui dimana-mana kedai OPPO yang berdekatan dan dapatkan juga rebat sehingga RM600 menerusi pembelian OPPO Find N3 nanti. Kempen ini akan berlangsung sehingga 30 November 2023 ini atau sementara stok masih ada dan sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila lawati kedai rasmi OPPO berdekatan atau menekan pautan yang disertakan di bawah.
- Info
- Laman Rasmi: OPPO Find N3
- Info
- Kempen Tukar Milik : Kempen Tukar Milik OPPO Find N3
Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia.