Carian
TikTok Kini Membolehkan Pengguna Menambah Muzik Kegemaran Terus Ke Spotify
November 15, 2023 Fahim Zahar

Sejak TikTok mula menjadi popular di kalangan orang ramai, pelbagai muzik-muzik menarik telah menjadi tular. Ini kerana TikTok mempunyai pustaka muzik yang banyak dengan pelbagai lagu popular. Malah ada juga penyanyi melakukan debut mereka di platform ini.

Dengan platform penstriman muzik TikTok Music terhad di negara tertentu mereka kini bekerjasama dengan Spotify, Apple Music dan Amazon Music bagi membolehkan pengguna di seluruh dunia menikmati lagu kegemaran yang ditemui pada TikTok ditambah terus pada senarai main platform penstriman muzik yang lain.

Aplikasi TikTok kini mempunyai butang Add to Music App pada laman carian muzik dan butang Add Song pada setiap video yang dipaparkan untuk pengguna tekan. Kali pertama ditekan membolehkan pengguna memilih Apple Music, Amazon Music atau Spotify sebagai platform penstriman lalai. Jika pengguna memilih Spotify, butang ini akan berubah menjadi Add to Spotify dan muzik yang dipilih akan dimasukkan terus ke senarai lagu disukai.

Gambar oleh Spotify

Buat masa ini ciri ini terhad kepada pengguna Amerika Syarikat dan United Kingdom sahaja. TikTok akan mengedarkan ciri ini kepada orang ramai secara berperingkat di masa akan datang.

Komen