OpenAI kini mengumumkan mereka menghentikan sementara pendaftaran untuk penggunaan ChatGPT berbayar, atau turut dinamakan ChatGPT Plus. Penghentian sementara ini adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi dikalangan pengguna untuk menggunakannya.

Permintaan tinggi ini hadir lanjutan daripada pelbagai pengumuman baharu oleh OpenAI untuk ChatGPT – termasuk kebolehan mencipta GPT sendiri. Dan untuk menggunakan setiap GPT yang dijana oleh pengguna lain – pengguna yang ingin mencuba turut perlu mempunyai akaun berbayar.
Ini secara tidak langsung membuatkan ramai mendaftar pelan berbayar ChatGPT berkenaan. CEO OpenAI menyatakan ini sekaligus membuatkan mereka tidak menampung kapasiti – membuatkan mereka terpaksa menghentikan sementara untuk pelan berbayar ChatGPT Plus.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pendaftaran ChatGPT Plus akan dibuka kembali.