Carian
Bytedance Dilaporkan Ingin Menjual Moonton – Studio Permainan Sebalik Mobile Legends : Bang Bang
November 15, 2023 Aman

Bytedance kini dilaporkan mempertimbangkan untuk menjual studio permainan Moonton yang popular dengan permainan Mobile Legends : Bang Bang. Ia dikatakan Bytedance telah mula berhubung dengan sejumlah pihak untuk melihat kepada minat para pembeli dalam mendapatkan studio berkenaan.

Sebelum ini, Bytedance yang popular dengan aplikasi TikTok telah mengambil-alih Moonton pada 2021. Ia diambil-alih pada nilai mencapai $4 bilion ketika itu.

Langkah ini diambil oleh Bytedance dalam usaha untuk menstruktur semula operasi, dan memberikan fokus pada perniagaan utama mereka. Apa pun, perbincangan dikatakan masih pada fasa awal, dan terdapat kemungkinan Bytedance tidak menjual Moonton. Pihak Bytedance tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baharu ini.

Komen