Ramalan cuaca hanya mempunyai ketepatan 50% sahaja sekiranya diramal sehingga 10 hari. Ia meningkat ke 90% sekiranya ramalan dilakukan untuk 5 hari. Yang pasti ketepatan ramalan yang lebih tinggi diperlukan bagi memberikan masa secukupnya bagi mengelakkan bencana. Ini dapat dilakukan sekarang menggunakan kecerdasan buatan (AI) GraphCast AI oleh Google DeepMind.
Apabila dibandingkan dengan ramalan cuaca yang dilakukan oleh European Centre for Medium-range Weather Forecast (ECMWF), GraphCast AI adalah 90% lebih tepat untuk ramalan antara julat 3-10 hari. Anda yang boleh diramalkan ialah tekanan udara, kelajuan angin, arah tiupan angin dan suhu.
Yang menjadikan GraphCast AI menarik ialah ia telah dilatih menggunakan data ECMWF selama 40 tahun dan ramalan untuk 10 hari ini dilakukan oleh GraphCast AI dalam masa beberapa minit sahaja menggunakan satu komputer Google TPU v4 secara awanan. Sebelum ini ramalan cuaca dilakukan oleh ECMWF mengambil masa beberapa jam menggunakan sebuah superkomputer
GraphCast AI bukan sahaja lebih tepat tetapi lebih pantas dan mengurangkan penggunaan kuasa elektrik sehingga 1000 kali gada untuk meramal cuaca. Hasil kajian yang dilakukan oleh Google DeepMind ini telah diterbitkan dalam jurnal saintifik Science.