Mark Zuckerberg hari ini berkongsi menyatakan WhatsApp Channels kini mempunyai lebih 500 juta pengguna aktif bulanan. Angka ini berjaya dicapai oleh WhatsApp dalam masa 7 minggu sejak ia dilancarkan secara rasminya pada peringkat global.

WhatsApp Channels merupakan saluran perhubungan sehala yang disediakan pada perkhidmatan permesejan berkenaan – memudahkan orang ramai dalam mengikuti pelbagai kemaskini semasa dengan mudah dan pantas.
Berkongsi mengenainya, WhatsApp turut menyatakan, antara saluran yang popular di Malaysia adalah Zoo Negara Malaysia, MyMDEC, Cereka, JomCheck, MIASA Malaysia dan beberapa yang lain lagi.
Bagi anda yang ingin membangunkan saluran sendiri, boleh ke WhatsApp, membuka bahagian kemaskini (Updates), dan seterusnya memilih untuk Create Channel pada bahagian tersebut. Anda juga turut boleh mengikuti saluran Amanz di WhatsApp.