Threads Mula Menyokong Penggunaan Tagar
Effi Saharudin
Selepas empat bulan dilancarkan sebagai pesaing kepada Twitter, Threads akhirnya mula menyokong penggunaan tagar (hashtag) pada status yang dimuat naik oleh pengguna. Sejak dari awal lagi pengguna meminta supaya tagar disokong bagi memudahkan carian kandungan berkenaan subjek yang serupa.

Mark Zuckerberg mengumumkan ciri tagar pada Threads kini dalam peringkat ujian di Australia sahaja. Ia berbeza dengan tagar di platform lain di mana apabila ikon “#” digunakan, Threads akan memberikan saranan tagar yang sedang hangat. Selepas ditaip, keseluruhan tagar akan dipaparkan dalam warna biru tanpa “#” di hadapannya.
Pengenalan tagar di Threads adalah amat dinantikan dan hadir beberapa hari selepas Elon Musk berkata beliau ingin menghentikan sokongannya di X.
[sumber] @Zuck [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.