Amazon kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Comixology pada 4 Disember 2023. Selepas tarikh berkenaan, pelbagai kandungan Comixology akan diintegrasikan pada aplikasi Kindle di iOS, Android dan Fire OS.
Ini bermakna, walaupun aplikasi berasingan tidak ditawarkan lagi, pengguna masih boleh mengikuti kandungan komik, novel grafik dan manga dengan mudah pada Kindle. Pihak Amazon turut meminta pengguna untuk menggunakan log masuk yang sama untuk membolehkan pengguna sambung membaca dengan mudah daripada kandungan terakhir yang mereka baca.
Dengan langkah ini, peminat komik boleh teruskan membaca kandungan, tetapi hanya bukan pada aplikasi Comixology lagi.